Saturday, August 28, 2010

MINGGU 7 : JURNAL REFLEKSI

MINGGU 7 : JURNAL REFLEKSI

Salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada semua...

Minggu ini, aktiviti pembentangan kumpulan telah pun bermula. Pembentangan tersebut melibatkan sebanyak 2 kumpulan. Tajuk yang telah dibentangkan ialah Keroncong dan juga Kuda Kepang. Semua pembentang bagi tajuk ini kelihatan sudah bersedia. Pada minggu ini entri yang akan saya tulis adalah mengenai kedua-dua tajuk tersebut serta beberapa pandangan peribadi saya terhadap pembentangan oleh kedua-dua buah kumpulan.

KERONCONG

Di awal pembentangan, saudari Syafiqa telah menerangkan beberapa istilah yang berkaitan dengan keroncong. Antaranya ialah:
  • Gelang Keroncong
  • Nasi Keroncong
  • Alat Muzik Keroncong
  • Muzik Keroncong
  • Keroncong Asli
  • Teh Keroncong
i-Sejarah Keroncong
  • Ada pendapat-muzik keroncong dibawa oleh orang Portugis.
  • Pendapat lain- alat-alat muzik yang berasal dari Barat digunakan dalam muzik keroncong seperti gitar, ukulele, biola, dll.
  • Ada sejenis alat muzik yang masih dimainkan di Portugal & Sepanyol dimainkan iaitu 'charanga' (bentuk seakan-akan ukulele)
Gambar 1: charanga

Gambar 2: ukulele
  • Kemasukan seni barat pada mulanya tidak diterima. Tetapi lama-kelamaan turut terpengaruh.
  • Pengaruh permainan tersebut dapat dimanfaatkan oleh pemuzik-pemuzik dengan membuat penyesuaian permainan alat-alat muzik barat ke dalam permainan gamelan mereka.
  • Alat muzik barat yang mempunyai fungsi sama dengan gamelan digunakan untuk memainkan lagu-lagu gamelan.
  • Akhirnya, kacukan antara alat muzik barat dengan gamelan ini melahirkan sejenis muzik yang dinamakan 'KERONCONG'.
  • Gamelan yang terkenal di sunda / Jawa Barat- Gamelan Degung.
Gambar 3: Gamelan Degung

  • Alat-alat gamelan degung:
  • - suling
  • - peking (saron)
  • - bonang
  • - Jengglong (kenong)
  • - Gong
  • - Kendang (gendang)
  • - Cempres ( penerus)
  • - Kecapi ( alat tambahan)
  • - Rebab-(alat tambahan)
  • - Gambang-(alat tambahan)
Gambar 4: Suling

Gambar 5: Kecapi

  • Dari segi permainan, muzik gamelan degung mempunyai cara yang teratus dan jarang-jarang diubah. Muzik keroncong pula memberi kebebasan kepada pemain-pemain mengubahnya mengikut selera dan kehendak zaman.
  • Masing-masing menggunakan counter melody dan improvisasi dalam permainan.
Jadual 1: Perbezaan antara Gamelan & Keroncong

ii- Sejarah Keroncong di Malaysia
  • Mula masuk ke Malaysia pada sekitar tahun 1940-an.
  • Dibawa masuk oleh masyarakat jawa yang merantau untuk berdagang atau mencari kerja.
  • Selain mencari nafkah, mereka juga membawa kesenian mereka.
  • Pada mulanya lagu-lagu yang dinyanyikan adalah lagu-lagu dari Indonesia, tetapi lama-kelamaan setelah perang dunia kedua, ada pencipta tempatan yang mencipta lagu keroncong seperti P.Ramlee, Zubir Said, Johan Bahar & ramai lagi.
iii- Alat muzik Keroncong
  • Biola
  • Flute
  • Gitar
  • Cuk
  • Cak
  • Cello
  • Double Bass
Gambar 6: Biola

Gambar 7: Flute

Gambar 8: Gitar

Gambar 9: Cuk & Cak

Gambar 9: Cello

Gambar 10: Double Bass

iv- Rentak



KUDA KEPANG


i- Sejarah
  • Tarian pahlawan berkuda yang berasal daripada Jawa.
  • Nama lain- jaran kepang, kuda lumping Jathilan & ebeg.
  • 'jaran'=kuda, 'kepang'=anyaman.
  • Dibuat daripada buluh/pandan yang dianyam.
  • Papan lapis/kulit lembu.
  • Baldu-persembahan peringkat tinggi
ii- Sejarah Perkembangan
  • Soedarsono (1983)-sebelum berlakunya perkembangan Islam.
  • Dimainkan dalam upacara pemujaan.
  • Membersihkan desa daripada gangguan roh-roh jahat, penyakit dan malapetaka.
iii- Alat-alat Muzik
  • Gendang Jawa
  • Gong
  • Jidur
  • Kenong Kuda Kepang
  • Saron Pekin
  • Angklung
  • Bonang
Gambar 11: Gendang Jawa

Gambar 12: Gong

Gambar 13: Jidur

Gambar 14: Saron Pekin

Gambar 14: Angklung

iv- Kostum
  • Pakaian tradisi Jawa Kuno
  • Seluar dijahit dengan batik
  • Ketopang atau Tengkolok
Gambar 15: Kostum penari kuda kepang

v- Cara, Fungsi & Bilangan Penari
  • Cara= dipersembahkan di tempat terbuka, di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, tok bomoh akan membakar kemenyan & membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda.
  • Menggunakan telur mentah, bunga, rumput, & air untuk persembahan.
  • Apabila muzik bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan & agak membosankan.
  • Setiap penari akan menunggang & memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak & irama lagu itu.
  • Ketika muzik semakin pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya.
  • Penari melakukan pergerakan aneh & luar biasa.
  • Penari menari selama 2 jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan mereka.
  • Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar-benar sambil menari-nari dengan iringan muzik.
  • Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu & dipanggil 'naik syeh'.
  • Bilangan Pemain=memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang.
  • 9=penari, 5=pemain muzik, 2=bomoh pemulih, 9-15=penjaga kawasan.
  • Seorang daripada penari bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil 'dayang'.
  • Bilangan kuda kepang yang digunakan ialah sekurang-kurangnya 9.
  • Fungsi=Mulanya biasa seperti 'sepak raga'.
  • Sambutan penduduk membuatkan ia berkembang.
  • tarian ini dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian ketika menyambut orang kenamaan, perkahwinan & hari perayaan.
vi- Pantang larang
  • Memberi pengeras kepada tok Bomoh persembahan.
  • Tidak boleh melihat kain berwarna merah.
  • Tidak dibenarkan terlihat mahupun melihat kaca/serpihan kaca.
  • Tidak boleh diacah semasa dalam tarian.


Pada pendapat saya, kedua-dua kumpulan telah menunjukkan hasil pembentangan yang baik & mudah untuk difahami. Selain itu, bahan-bahan yang telah mereka peroleh itu dapat menambahkan pengalaman serta ilmu berkaitan dengan tajuk berkenaan. Saya ingin mengucapkan syabas & tahniah di atas pembentangan yang cukup baik dari kedua-dua buah kumpulan.

Sekian, terima kasih.







Teruskan Membaca...

Monday, August 23, 2010

MINGGU 6 : JURNAL REFLEKSI

MINGGU 6 : JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum w.b.t & salam 1 Malaysia...

Pertama sekali, saya ingin meluahkan rasa seronok dan gembira kerana masih diberi kesempatan untuk terus menunaikan ibadah puasa serta mengikuti kuliah pada minggu ini. Harapan saya agar semua pelajar akan merasa tertarik untuk mengikuti kuliah yang seterusnya. Diharapkan agar En. Amran akan terus memberikan input-input yang lebih supaya semua yang mengikuti kursus ini mendapat ilmu yang berguna di masa hadapan. Pada minggu ke- 6 ini, kuliah adalah berkaitan dengan Makyung & Kompang. Segala perincian maklumat yang saya peroleh akan saya sertakan di bawah ini. Diharapkan agar pengetahuan ini akan berguna kepada kita semua sebagai generasi muda negara.

MAKYUNG

Sejarah Makyung

Gambar: Makyung

Makyung adalah berasal dari Patani. Menurut Hikayat Patani iaitu pada zaman Kerajaan Melayu Lama, Makyung telah dibawa ke Kelantan lebih 200 tahun dahulu. Kemudian, dari situlah ianya berkembang ke Kedah dan negeri-negeri yang lain. Selain tersebar luas di Semenanjung Malaysia, ianya juga tersebar hingga ke Medan dan juga Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia. Pada masa itu, Kerajaan Melayu Lama adalah di bawah naungan Sultan Mohamad ke IV. Manakala di Kampung Temenggung, Kota Bahru pula, Tengku Ghaffar bertanggungjawab mengenai sistem latihan, muzik, dan juga kostum diperhalusi secara sistematik. Pada mulanya, Makyung merupakan salah satu tradisi istana, kemudian iainya bertukar menjadi tradisi rakyat atau Folk Theater.

PERSEMBAHAN MAKYUNG

i- Tujuan Ritual
Ianya dipersembahkan melalui permainan Main Puteri yang bertujuan untuk menyembuhkan penyakit. Persembahan tersebut juga adalah sebagai sembah guru. Selain itu, istilah aras panggung sama dengan aras tanah adalah bermaksud, permainan itu dibuat di tanah dan bukan di atas pentas.

ii- Tujuan Persembahan
Lantai panggung didirikan beberapa kaki dari atas tanah. Panggung ini mempunyai atap serta ruang berlakon adalah di tengah-tengah, bermakna penonton akan menyaksikan persembahan di sekeliling panggung tersebut. Manakala pemuzik dan pelakon yang mengambil peranan sebagai korus akan duduk di tepi lantai. Ianya juga dipanggil Theater In The Round.



CERITA MAKYUNG

Cerita asalnya adalah dari cerita rakyat yang bertajuk Dewa Muda. Terdapat kira-kira 11 buah cerita dan 30 buah lagu repertoire. Ceritanya adalah dikisahkan melalui dialog, nyanyian, tarian dan diiringi oleh muzik vokal dan instrument. Pada abad ke-20, peranan utama dalam cerita ini dipegang oleh wanita kerana dikhuatiri permaisuri atau wanita lain jatuh hati jika watak tersebut dipegang oleh lelaki. Antara watak-watak yang terdapat di dalam cerita ini adalah:
  • Pakyung dan Pakyung Muda (Watak Utama)
  • Makyung dan Puteri Makyung (Raja Perempuan)
  • Peran Tua dan Peran Muda (Pengasuh)
  • Tok Wak (ahli nujum dan tukang)

LAGU MAKYUNG

i- Mengadap Rebab
Lagu ini merupakan lagu yang terpanjang yang mengiringi nyanyian dan tarian Pak Yung. Ianya juga merupakan salah satu simbol penghormatan kepada Rebab. Lagu ini juga bertujuan untuk mendatangkan semangat Makyung.

ii- Kijang Mas
Lagu ini dinyanyikan selepas lagu Mengadap Rebab. Ianya dinyanyikan oleh Kumpulan Korus dalam keadaan yang gembira. Lagu ini dinyanyikan oleh Pak Yung dan Mak Yung untuk menceritakan sesuatu pada Korus.

iii- Lagu Sindung
Lagu ini dinyanyikan oleh Pak Yung apabila ingin memberikan arahan kepada peran.

MODE SESEBUAH LAGU PERSEMBAHAN MAKYUNG

Ketika lagu Mengadap Rebab dimainkan, semua pelakon memberi hormat kepada alat muzik rebab. Lagu Ela pula adalah untuk menyampaikan cerita dan juga berita. Perlakuan Mengulit Raja Nak Tidur pula membangkitkan perasaan yang halus dalam diri. Jembar atau mengambul pula adalah untuk membangkitkan rasa sedih, Timang welu atau kijang Emas menunjukkan pergerakan berjalan, Sedayung Pakyung menunjukkan kuasa luar biasa yang bersifat kesaktian seperti mengubah atau menjelma rupa seseorang serta Sang atau Penyudah adalah untuk menyudahi sesuatu persembahan.

ALAT MUZIK MAKYUNG

Alat Muzik Utama: sepasang gendang, sepasang tetawak dan sebuah rebab. Tambahan alat: serunai, geduk dan canai.

Rebab

Gambar: Rebab

Fungsi Rebab adalah memainkan melodi utama. Alat Muzik ini tergolong dalam kategori Kordofon iaitu kelas kecil lute. Bentuknya adalah segi tiga iaitu badannya dibuat daripada kayu. Manakala muka badannya pula menggunakan kulit perut lembu. Bonggol kecil yang terdapat di badan rebab dipanggil susu yang diperbuat daripada lilin lebah yang berfungsi untuk meredam bunyi. Sebatang kayu tebal tanpa fret berfungsi sebagai leher. Bahagian bawahnya dipanggil 'kaki' dan bahagian atasnya dipanggil 'kecopong' (motif pokok rebung). Selain itu, terdapat 3 utas tali yang dibuat daripada logam akan ditarik dari kekuda yang dipanggil 'pacat' terus ke 'pemulas' untuk tujuan talaan. Laras talaan jeda adalah dalam Perfek ke-4 dan Perfek ke-5. Open string akan ditala mengikut jarak vokal penyanyi. Tali digesek dengan menggunakan tali nilon/tangsi (dulunya menggunakan sabut kelapa).

FORM ATAU BENTUK

Bentuk dan struktur lagu-lagu makyung ditentukan dalam sistem gongan ( pusingan-jangka masa tertentu yang ditentukan dengan pic-pic gong). Ianya dikawal oleh Tetawak. Sistem gongan adalah 8 bit, 16 bit dan 32 bit.

IRAMA

Menggunakan 4 Timbre (pak, duh, cak, ting). Gaya yang dimainkan adalah meningkah (interlocking). Hampir semua lagu Makyung bertempo agak perlahan.

Gambar: Bentuk Irama

MELODI

Dipersembahkan oleh seorang penyanyi dan alat rebab. Melodinya adalah yang berhias dan kompleks. Menghasilkan melodi pada waktu yang sama dengan tekstur heterofoni. Ianya sangat bergantung kepada kebolehan penyanyi dan pemain rebab untuk membuat variasi.

Gambar: Bentuk Melodi


Gambar: Tekstur Heterofoni


KOMPANG

Sejarah Kompang

Menurut pendapat pertama, bentuknya sama dengan hadrah yang menyerupai kompang yang terdapat di negara Arab. Manakala pendapat kedua pula menyatakan lirik lagu yang dimainkan selalunya dalam Bahasa Arab, contohnya selawat memuji Rasulullah S.A.W. Permainan ini dibawa oleh pedagang Arab yang datng berdagang ke Nusantara. Ia digunakan untuk menarik perhatian pembeli terhadap perniagaan mereka. Permainan ini dipercayai menjadi ikutan masyarakat tempatan dan seterusnya berkembang sehingga kini. Manakala permainan kompang berkembang ke Tanah Melayu akibat imigrasi masyarakat Jawa.(Abdul Latif Ali, 1980:12).

ADAB PERMAINAN KOMPANG
  • Pakaian amat dititikberatkan
  • Tidak boleh melentangkan kompang
  • Tidak boleh melambung kompang
  • Tidak boleh meletakkan arah kulit muka kompang ke lantai

ALAT MUZIK KOMPANG

-Bahagian yang penting

Gambar: Kompang

PEMBUATAN MUZIK KOMPANG


FUNGSI KOMPANG
  1. Mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensembel (nasyid, marhaban)
  2. Mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran, & upacara rasmi yang melibatkan pembesar.
  3. Menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, cak lempong, cak lempong pacik dan gamelan.
  4. Untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding, contohnya pasukan bola sepak bagi memeriahkan acara sukan serta membuat gimik sorakan.
  5. Pertandingan- paluan kompang & kompang formasi.

JENIS PERMAINAN KOMPANG



Terbahagi kepada beberapa jenis:
  1. Kompang Hadrah (negeri Perak)
  2. Kompang Johor/Jawa
  3. Kompang Eizhar (negeri Selangor)
  4. Kompang Kelalang (negeri Melaka)
Kompang boleh diperoleh dalam saiz yang berlainan mengikut umur tertentu. Antaranya:
  • 30cm-12 tahun & ke bawah
  • 32.5cm-13&14 tahun
  • 35cm-15 &16 tahun
  • 37.5cm & 40cm-Orang Dewasa
Gambar: Saiz-saiz kompang

TEKNIK PERMAINAN

Pegang kompang dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi memukulnya. Ianya boleh dimainkan samada duduk atau berdiri. Pada asasnya, kompang menghasilkan 2 bunyi iaitu 'pak' dan 'bung'. Pukulan 'pak' mestilah lebih berat daripada bunyi 'bung'. Bunyi 'pak' dihasilkan apabila bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak tangan sambil jari tangan terbuka. Kekuatan bunyi adalah hasil daripada pukulan tapak jari. Untuk menghasilkan bunyi yang tepat, sentuh tapak ibu jari dan jari anak mendahului jari yang lain semasa memukul. Bunyi 'bung' dihasilkan apabila bahagian tepi permukaan kompang iaitu 1/3 daripada permukaan dipukul dengan jari. Manakala kesemua jari berkeadaan tertutup semasa membuat pukulan.


POSISI PEMAIN



JENIS PUKULAN/PALUAN

Terdapat 3 paluan digabungkan untuk menghasilkan paduan bunyi yang berharmoni. 3 kumpulan paluan tersebuat ialah Melalu, Meningkah & Menyilang. Fungsinya adalah kumpulan melalu memainkan rentak asas, pukulan menyilang memainkan rentak silihan (up beat) kepada pukulan melalu, dan kumpulan meningkah menjadi asas penghias rentak yang dimainkan paluan antara kumpulan Melalu & Menyilang.

BAHAGIAN PUKULAN/PALUAN

Setiap persembahan kompang terdiri dari tiga bahagian pukulan iaitu:
  • Pukulan 'mula' untuk memainkan sesebuah lagu
  • Pukulan lagu dan
  • Pukulan 'mati' untuk mengakhiri sesebuah lagu.
PENJAGAAN KOMPANG

-Kompang dalam simpanan seharusnya dikendurkan permukaannya. Sebelum memulakan permainan, permukaannya perlu ditegangkan dengan sedak. Kompang yang basah seharusnya dijemur sehingga kering supaya tahan lebih lama.
- Selain itu, kompang perlu diletakkan dengan berkeadaan muka kompang bertindan dengan permukaan lain dan disusun di rak atau almari yang sesuai. Ini untuk mengelakkan kerosakan muka kompang apabila ditindani oleh baluh kompang.

PENALAAN KOMPANG

-Bertujuan untuk meninggikan ton bunyi kompang dan menegangkan permukaannya dengan menggunakan sedak. Sedak boleh dibuat daripada rotan atau wayar plastik. sedak ditolak dengan kayu sedak di sekeliling bahagian dalam, di antara baluh dan belulang kompang.

RENTAK

i-Inang Asas



ii-Masri Asas




iii-Asli Asas


Saya amat seronok mengikuti kuliah kali ini kerana diberi kesempatan oleh En. Amran bermain kompang secara beramai-ramai. Semuanya terhibur dan sangat seronok kerana dapat merasai sendiri bagaimana cara untuk bermain kompang.

Sekian, terima kasih.







Teruskan Membaca...

Saturday, August 14, 2010

MINGGU 5 : JURNAL REFLEKSI

MINGGU 5 : JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kepadaNya kerana masih diberi kesempatan untuk mengikuti kuliah pada minggu yang ke-5 ini. Walaupun baru sahaja menjalani ibadah puasa, namun semuanya nampak segar dan bersemangat untuk menimba ilmu berkenaan kuliah pada minggu ini. Semuanya nampak begitu 'excited' kerana kuliah minggu ini adalah berkenaan 'Gamelan' dan juga 'Caklempong'.

Bagi saya, kedua-dua permainan tradisional ini sudahpun dominan dengan saya kerana telahpun mempelajarinya di awal semester saya menjejakkan kaki di bumi UPSI ini. Alhamdulillah...
Kuliah pada minggu ini berjalan seperti biasa iaitu bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

Dalam muzik tradisional Gamelan, saya akan menghuraikan serba sedikit tentang sejarah dan jenis-jenis Gamelan, alat muzik gamelan serta sistem tonal, melodi, bentuk, dan juga tekstur.

-GAMELAN-
1. Sejarah.

* berasal dari Bahasa Jawa-bermaksud ditabuh/dipukul.
* alat muzik-dibuat daripada perunggu & kayu / besi & buluh. (mempunyai larasan yang tetap/fixed tuning)
* dipersembahkan secara ensemble/berkumpulan.
* wujud sejak T. M 1.
* alat pertama yang dicipta-gong.
* dipercayai berasal dari Indonesia.

2. Jenis-jenis Gamelan.

i) Gamelan Melayu/Gamelan Terengganu
* kategori- Muzik Bentuk Tarian Utama
* juga disebut Gamelan Terengganu (Joget Gamelan)
* wujud di Istana Riau Lingga-abad ke 18
* ikatan perkahwinan keluarga di Raja riau dengan keluarga Bendahara dari negeri pahang.
* awal abad ke 20 berpindah ke istana terengganu meraikan majlis perkahwinan Sultan Sulaiman (T'ganu) dengan Tengku Mariam (Pahang)
* bermula identiti Muzik Gamelan Melayu dan jawa dipisahkan.
* menggunakan sistem talaan.
* set alat gamelan:
- gendang
- bonang/keromong
- saron barung
- saron peking/penerus
- gambang
- kenong
- gong







ii) Gamelan Jawa
* kategori- muzik bentuk tarian utama
* gamel (alat tukul), gamelan (set alat muzik yg diperbuat drpd gangsa)
* berasal dari Pulau Jawa Tengah
* dibawa oleh org2 Jawa ketika penjajahan org2 Eropah.
* mengiringi tarian spt. Tarian Kifrah, serimpi lilin, kupu2 & Cakil.
* alat gamelan iringi Riong, Barungan & kuda Kepang.
* terdapat di Johor, Selangor & Wilayah Persekutuan.
* dimainkan dlm skel slendro & pelog.
* set gamelan jawa:
- gendang (ketipung, jiblon, bem)
- bonang/keromong
- demung
- saron barung
- saron penerus/peking
- gambang
- kenong
- kempol
- gong

-CAK LEMPONG-

1. Pengenalan
* dikenali sbg. telempong, tak lempong talempong
* terdapat di daerah Lenggeng, Kuala Pilah & Jelebu, N.9
* berasal dari Minangkabau
* mengiringi nyanyian, tarian lilin, pencak silat, majlis perkahwinan & keramaian
* terdapat juga dlm drama tarian randai

2. Alat muzik Caklempong

i) Bonang.
* dibuat drpd. perunggu/tembaga
* bentuk sama spt. gong/tetawak kecil.
* saiz- sama besar dgn. sebuah piring.
* mempunyai cembol/tombol bulat di bhgn. tgh. (perlu diketuk)
* di atur di atas 2 baris tali yang diikat dalam tepak Caklempong.
* tuning- ketuk bhgn. permukaan (pic tinggi) & ketuk bhgn. permukaan luar (pic rendah).

ii) Gereteh.
* terdiri drpd. 15 biji bonang yg disusun dlm nada C Major 1 oktaf,termasuk 7 not pilihan.
* seelok-eloknya mempunyai 2 set supaya set yg ke-2 dapat mainkan kaunter melodi.

iii) Tingkah.
* terdiri daripada 8 biji bonang bermula not E, F, G, Bb, B, C dan D.
* tertumpu kpd. pengawalan rentak & hasilkan irama ikut pukulan gendang. ketukan-melalu.

iv) Sauwa/Saua
* 8 biji bonang.
* diketuk ikut corak irama ostinato & bergerak ikut kod melodi.
* corak irama ostinato harus diajar kepada pemain Sauwa terlebih dahulu.
* notasi caklempong tingkah & sauwa tidak disediakan, kod blok sahaja disediakan.
* notasi bermula dari not E rendah (1 oktaf di bawah notasi Gereteh?

v) Gendang Ibu & Anak.
* gendang ibu-kurang 2 cm lbh besar dari gendang anak.
* baluh berbentuk cembung & dua muka kulit-dibuat drpd. kulit kambing/lembu yg diikat pd. baluh dgn. taji.
* muka kulit gendang dipukul dgn tangan oleh 2 org. pemain utk. hasilkan rentak melalui teknik permainan bertingkah.

vi) Bangsi.
* juga dikenali sbg. serunai9paip pelidah), pupuik.
* berbentuk rekorder-lbh kurg. 17cm pjg.
* dibuat drpd. buluh dgn. 7 lubang jari yg dpt hasilkan skel 7 pic.

vii) Serunai.
* terdidi drpd. pupuik gadang & pupuik tanduk.
*erofon ini bawa melodi yang sama dengan gereteh.

Banyak perkara yang harus kita pelajari bagi memahirkan diri dalam permainan alat tradisional ini. Bukan mudah untuk dimainkan jika tidak bersungguh-sungguh. Permainan seperti ini akan menjadi mudah jika selalu dipraktikkan. Saya berharap agar permainan tradisional ini tidak akan dilupakan oleh generasi muda kini.

p/s: gambar di bawah diambil semasa kelas sedang berjalan..






Sekian, terima kasih.
Teruskan Membaca...

Tuesday, August 3, 2010

MINGGU 4 : JURNAL REFLEKSI

MINGGU 4 : JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum w.b.t & salam sejahtera saya ucapkan.

Sekarang sudahpun masuk ke minggu yang keempat. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya dapat saya terus mengikuti kelas Muzik Tradisional Malaysia (SMP2252) ini tanpa sebarang kekangan.

Seperti biasa, kelas berjalan seperti minggu-minggu yang sebelumnya. Iaitu bermula pada pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 1 t/hari. Tetapi memandangkan ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, P&P terpaksa bermula lewat 30 minit daripada biasa. Hal ini kerana Encik Amran terpaksa mengambil masa sedikit untuk membahagikan kumpulan untuk pembentangan serta tajuk-tajuk yang telah disediakan. Selain itu, ada juga pelajar yang terpaksa mengisi borang soal selidik yang belum diisi.

Tajuk kuliah yang disampaikan oleh En. Amran pada minggu ini adalah mengenai "Wayang Kulit". Adakah kita semua tahu bahawa terdapat beberapa jenis wayang kulit yang berlainan antara satu sama lain sebelum ini? Jika tidak, kuliah yang saya ikuti ini dapat membantu. Sebelum ini, saya hanya pernah mendengar perkataan 'wayang kulit' sahaja, tetapi tidak pula mengetahui bahawa terdapat pelbagai jenis wayang kulit dan apakah sebenarnya wayang kulit itu. Namun, apabila sudah mengikuti kuliah, saya mendapat ilmu tentang wayang kulit dengan lebih mendalam.

Di awal permulaan kuliah, kami ditunjukkan dengan 3 buah video. Encik Amran menyuruh kami meneliti video-video yang dipertontonkan itu. Video tersebut mempunyai kaitan dengan kuliah minggu kedua iaitu mengenai 'soundscape'. Apabila meneliti video itu, saya mendapati video tersebut seolah-olah mempunyai persamaan dengan wayang kulit, tetapi telah diinovasikan ke dalam satu bentuk yang lebih kreatif. Saya merasa amat kagum!

Terdapat tiga objektif serta sasaran yang ingin dicapai dalam kuliah minggu keempat ini iaitu Jenis Wayang Kulit, Alat-alat Muzik Wyang Kulit dan juga Perbezaan Wayang Kulit.




Gambar di atas adalah antara contoh-contoh wayang kulit secara amnya. Namun, saya akan perincikan lagi jenis-jenis wayang kulit serta perbezaan yang ada dalam setiap satunya. Muzik Wayang Kulit ialah teater tradisional kuno Malaysia. Ianya pengkisahan tentang 'Dalang' dan juga bayang-bayang patung di atas kelir.

Pertama sekali, saya akan menyenaraikan beberapa ciri muzik wayang kulit. Ianya adalah muzik yang unik serta memerlukan keahlian yang khusus. Dalang dan panjaknya mesti menghafal lebih dari 35 buah lagu. Dalang juga harus mahir dalam hikayat serta berkemampuan melakonkan pelbagai watak. Kewibawaan dalang dipelihara utuh dan menjadi ikutan kepada masyarakat. Selain itu, kemahiran dalam melukis dan memahat patung wayang juga memerlukan kesabaran yang tinggi.

Terdapat 4 jenis wayang kulit iaitu Wayang Kulit Jawa, Wayang Gedek, Wayang Kulit Melayu dan Wayang Kulit Kelantan.
  1. Wayang Kulit Jawa : Dikenali sebagai Wayang Purwa yang berasal dari Indonesia. Ianya masih mengekalkan ciri wayang kulit asal serta dipersembahkan oleh orang keturunan Jawa di Johor & Selangor dan diiringi oleh Gamelan Jawa. Secara ringkasnya, isi cerita wayang ini adalah berdasarkan cerita Pendawa Jawa dan disampaikan dalam bahasa Jawa & diselitkan juga dengan dialek tempatan. Patung-patungnya menyerupai patung wayang kulit Kelantan. Perbezaannya hanyalah dari segi bentuk mata patung. Alat muzik membranofon dan juga Idiofon sahaja yang digunakan dalam wayang ini.
  2. Wayang Gedek : Wayang ini terdapat di Kawasan utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah & Perlis dan dikenali juga sebagai Nang Talung. Ianya menggunakan bahasa Thai dan disampaikan dalam longhat Siam dan dialek Melayu Kedah kerana ianya berasal dari Thailand. Wayang ini menggunakan patung kecil serta muka patung berada di posisi hadapan. Wayang ini berdasarkan Epos Ramayana-Ramakien serta dominan dengan pengaruh Siam. Isi ceritanya mempunyai persamaan dengan Nong Talung dan penerapan unsur-unsur tempatan. Alat muzik yang digunakan sama sahaja dengan wayang kulit Jawa, tetapi instrument serunai yang membezakan antara keduanya.
  3. Wayang Kulit Melayu : Ianya dipengaruhi oleh Wayang Purwa dari indonesia dan berkembang pada abad ke 19/20. Wayang ini dimainkan di Istana Patani. Bentuk patungnya mengikut stail Pulau Jawa yang boleh digerakkan kedua-dua belah tangan. Cerita juga disampaikan dalam bahasa Jawa dan diselitkan dialek Melayu tempatan. Alat muzik yang digunakan adalah rebab 2 tali, gendang ibu & anak, mong, canang, kesi dan gong.
  4. Wayang kulit Kelantan : Ianya berdasarkan Epos Ramayana. Watak Peran ialah Pak Dogol & Wak Long. Isi ceritanya adalah dalam Hikayat Seri Rama. Patungnya diukir dalam bentuk mengiring dan kebanyakannya berdiri di atas kenderaan. Bahasa yang digunakan ialah dialek Melayu Kelantan. Alat muziknya pula ialah sepasang geduk, sepasang gendang, sepasang gedumbak, serunai, canang, kesi & tetawak.
Jika diteliti, setiap wayang ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Saya berharap agar warisan ini tidak akan pupus ditelan zaman dan ianya harus dipelihara sebaik mungkin. Di sini, saya juga menyediakan 1 video wayang kulit yang telah diinovasikan menjadi sebuah animasi berbentuk kartun.



Sekian, terima kasih.

Teruskan Membaca...

MINGGU 3 : JURNAL REFLEKSI

MINGGU 3 : JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum pembuka bicara serta salam sejahtera pelengkap kata..

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat
saya mengikuti lagi kelas SMP 2252 ini. Samada sedar atau tidak,
kita telah pun masuk ke minggu yang ketiga. Dan banyak juga
pengetahuan baru yang telah ditimba
semenjak saya mengikuti kelas ini.

Kuliah pada minggu ini adalah berkisar tentang
kaedah klasifikasi muzik tradisional, kategori muzik tradisional, dan ciri-ciri muzik tradisional.

Pada kuliah kali ini, Encik Amran ada menyebut tentang perspektif
Adaptasi dan juga Idiosinkretik.
Namun, adakah semua pelajar tahu apakah yang dimaksudkan dengan kedua-dua
istilah yang saya sebutkan sebentar tadi?
Saya yakin dan percaya bahawa hampir 90% pelajar
yang berada di dalam kelas semasa pembelajaran itu berlaku tidak tahu
apakah maksudnya.

Adaptational juga difahami sebagai penyesuaian bermaksud berorganik.
Berorganik di sini bermaksud sesuatu benda yang hidup atau mempunyai tindak balas
mengikut keadaan ekologi sesuatu benda.
sebagai contoh, violin akan menghasilkan tindak balas iaitu berbunyi
apabila digesekkan dengan menggunakan 'bow'. Adaptational juga
dipengaruhi oleh budaya setempat. Sebagai contoh, penyesuaian
muzik yang terdapat di Malaysia ialah seperti Ghazal.
Manakala di Arab pula ialah Ya Zuhur.





Perkataan Idiosyncratic pula bermaksud cara atau gaya
yang tersendiri dan sulit.
Ianya bermaksud sesuatu gaya atau perlakuan itu dilakukan tanpa
wujud apa-apa perubahan terhadap gaya tersebut. Contohnya
alat muzik seperti Gambus.

-gambus-

Pada kuliah kali ini juga, Encik Amran ada mengenengahkan
beberapa jenis muzik mengikut perspektif tertentu.
Antaranya ialah Muzik ghazal. Muzik ini sangat popular
di kalangan penduduk negeri Johor.
Banyak keunikan-keunikan yang kita dapat dengar melalui
alunan muzik ghazal ini. Antaranya ialah, muzik ghazal ini delalunya dipersembahkan
jika terdapat keraian dalam sesuatu majlis seperti majlis perkahwinan dan sebagainya.
Selain itu, bahasa Arab akan digunakan apabila menyanyikan lagu ketika
mendendangkan muzik ghazal.

Untuk pengetahuan semua, ciri-ciri utama dalam
muzik tradisional Malaysia terbahagi kepada dua iaitu
Tradisi Besar dan Tradisi Kecil.
Tradisi besar adalah budaya klasik atau istana, manakala
Tradisi kecil pula ilah budaya rakyat.
Antara ciri-ciri tersebut ialah bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama,
ensemble genderang, vokal dan instrumental solo,
ensemble sosial popular, dan ensemble lain.
Muzik juga mempunyai kategori utama iaitu
Muzik rakyat, Muzik Klasik, Muzik Sinkretik, dan Muzik Kontemporari.

Banyak maklumat baru yang saya peroleh terutamanya mengenai
muzik yang terdapat di Malaysia.
Seperti yang kita sedia maklum, anak muda kini kurang meminati
muzik-muzik klasik atau tradisional seperti Muzik Ghazal.
Saya berpendapat bahawa pihak berkenaan haruslah memikirkan jalan
supaya anak muda kini tertarik untuk mempelajari muzik-muzik tradisional
seumpama itu.
Diharapkan agar akan wujud generasi palapis baru
dalam bidang muzik tradisional supaya
tidak hilang ditelan dek zaman.

Sekian, terima kasih.








Teruskan Membaca...
 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 SHUEZAKARIA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template