Thursday, October 28, 2010

MINGGU 13 : JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum & salam sejahtera...=)

Kuliah pada minggu ini adalah kuliah yang terakhir bagi saya serta rakan-rakan yang lain. Terasa masa berlalu begitu cepat. Nampak riak wajah setiap pelajar yang mengikuti kursus SMP2252 pada minggu ini agak sedih. Hal ini kerana ini adalah kelas yang terakhir sebelum masing-masing berjuang di dalam peperiksaan akhir nanti. Banyak ilmu yang saya peroleh sepanjang mengikuti kursus SMP2252 ini.

Refleksi saya pada minggu ini bukan sahaja berkaitan dengan kandungan kuliah yang telah saya pelajari, tetapi juga mengenai segala yang telah saya lalui sepanjang 14 minggu kuliah. Pada minggu pertama, saya merasakan kuliah ini sangat berat kerana terpaksa membuat refleksi setiap minggu di dalam blog. Tetapi lama-kelamaan, saya merasakan ianya berguna kerana di dalam blog inilah saya dapat menulis kembali apa yang telah saya pelajari. Secara tidak langsung, ianya akan menambahkan pemahaman saya mengenai sesuatu tajuk itu.

Bagi saya, kandungan kursus serta rangkuman kuliah yang telah disampaikan oleh Encik Amran serta tajuk-tajuk pembentangan telah memberikan saya 1 gambaran yang menyeluruh tentang muzik tradisional yang terdapat di Malaysia. Ianya memberikan saya ilmu yang sangat berguna serta bermanfaat buat saya apabila keluar menjadi sebagai seorang guru Pendidikan Muzik kelak. Memang saya akui bahawa saya kurang berminat dalam muzik tradisional kerana kurangnya pendedahan ke atas diri saya sendiri. Sehinggalah saya mengikuti Kursus SMP2252 ini yang telah membuka mata serta minda saya mengenai muzik tradisional. Kini, perasaan cinta terhadap muzik tradisional semakin dekat di hati saya dan akan terus mendalami ilmu tersebut.

Selain mendapat ilmu mengenai muzik tradisional di Malaysia, saya juga belajar menggunakan kaedah belajar secara maya iaitu menggunakan blog. Ianya berbeza dengan kursus-kursus yang telah saya ikuti sebelum ini. Ianya akan menarik minat pelajar kerana tidak perlu untuk membuat assignment secara lazimnya. Pada pendapat saya, pelajar akan lebih seronok untuk belajar dengan kaedah ini. Namun, saya terfikir adakah cara ini dapat dilakukan di sekolah kelak apabila keluar menjadi guru di sekolah-sekolah. Mungkin ianya sesuai bagi peringkat IPTA, namun tidak di sekolah.

Penggunaan Facebook untuk menyampaikan sebarang mesej atau maklumat juga saya rasa sesuai kerana ianya semakin popular di kalangan pelajar IPTA. Ianya adalah salah satu medium penghubung di antara pensyarah dan juga pelajar. Pelajar juga dapat menggunakan Facebook untuk bertanyakan masalah-masalah yang dihadapi berkaitan blog dan sebagainya. Kolaborasi antara Facebook dan juga blog yang Encik Amran gunakan sangat bertepatan kerana ia dapat menarik minat pelajar dan tidak mudah berasa bosan.

Pada pandangan saya, pengajaran serta pendekatan yang Encik Amran gunakan adalah menarik. Sesi soal jawab di akhir kuliah dapat memberi peluang kepada pelajar untuk bertanyakan soalan yang mereka kurang pasti atau jelas. Rakaman video kadangkala membuatkan pelajar terpaksa 'berlakon' di dalam kelas kerana mengetahui setiap pergerakan mereka dirakam. Mungkin ada pelajar yang suka dan ada juga yang sebaliknya. Selain itu, saya juga mencadangkan supaya slide powerpoint yang ditunjukkan di dalam kelas setiap minggu diubah dari masa ke masa supaya pelajar tidak bosan dengan warna yang sama. Tugasan kajian lapangan yang diberikan kepada setiap kumpulan sangat berguna buat saya dan juga rakan-rakan. Pelajar dapat melihat sendiri tentang proses serta kaedah sesuatu permainan itu dibuat. Ianya dapat menambahkan lagi pemahaman pelajar mengenai tajuk yang telah mereka jalani itu.

Sebagai rumusan secara keseluruhan bagi kursus SMP2252 ini, saya mendapati bahawa pelajar dan pensyarah dapat berkomunikasi secara langsung melalui blog dan juga Facebook. Selain itu, kursus ini juga menampakkan kelainan dari segi penyampaian kuliah serta kaedah pendekatan anatar pensyarah dan juga pelajar. Diharapkan agar kuliah seperti ini dapat ditingkatkan lagi mutu serta kualitinya di masa hadapan. Saya memperoleh banyak ilmu yang berguna sepanjang mengikuti kuliah selama 14 minggu ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Amran selaku pensyarah bagi kursus SMP2252 ini kerana telah memberikan saya ilmu yang sangat bermanfaat buat saya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sudi membantu ketika saya mempunyai masalah dalam melakukan tugasan yang telah diberikan. Terima kasih saya ucapkan. Diharapkan agar ilmu yang diperoleh berguna untuk dicurahkan kepada anak didik di masa hadapan.

Saya juga ingin menyelitkan kandungan kuliah pada minggu ini.

Pada minggu terakhir ini, kuliah adalah berkaitan dengan Tarian Singa. Secara jujurnya boleh saya katakan bahawa saya tidak mengetahui dengan lebih mendalam mengenai tarian singa ini. Saya hanya pernah menonton di televisyen sahaja dan tidak berpeluang untuk menyaksikannya secara langsung. Oleh itu, saya berasa teruja untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut mengenai tarian yang selalunya dipelopori oleh kaum cina ini.

PENGENALAN

Tarian singa merupakan tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina. Penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa iaitu yang dimainkan oleh 2 orang penari. Seorang akan memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakkan kepala kostum, manakala pasangan penari memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari tersebut bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian ini akan diiringi oleh:
  • Gong
  • Drum
  • Dentuman Mercun

LATAR BELAKANG

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya yang berketurunan Cina. Ianya menjadi satu adat di negara China, Taiwan, Jepun, korea, thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina kerana sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. 2 tarian singa yang sangat popular ialah:
  • Tarian Singa Utara
  • Tarian Singa Selatan

SEJARAH DI MALAYSIA

Tarian singa dibawa masuk ke Malaysia pada abad ke-19 oleh penghijrahan masyarakat Cina dari Tanah Besar Cina. Lazimnya tarian ini dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina. Ianya sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi paluan gendang tagu Cina, dan simbal serta memerlukan keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat di antara penari-penarinya.


TARIAN SINGA SELATAN

Tarian ini lebih membawa perlambangan alam sekitar dan selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangan jahat dan upacara meminta tuah. Terdiri daripada sehelai kain yang panjangnya 2 meter, kain tersebut dicat warna hitam, merah, putih, hijau dan biru. Pada kain itu diletakkan loceng kecil, warna-warna di atas badan melambangkan kekuatan, kecergasan dan bertenaga. Selain itu, ianya juga menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai MATA YANG LEBIH BESAR daripada singa utara dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya. Tarian ini berdasarkan cerita rakyat iaitu Cerita 3 Wilyah (Three Kingdoms). Kini, hanya 1 tarian (Tarian Chai Ching) yang dipersembahkan dari rumah ke rumah ketika Tahun Baru Cina. Singa akan mengembara mencari makanan dalam keadaan sedih, gembira dan marah. Klimaknya ialah, singa akan memakan sayur hijau (ching) dan mendapatkan angpow yang diikat pada sebatang buluh.


TARIAN SINGA UTARA

Ianya berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga, dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Mempunyai badan, ekor dan kaki yang berbulu selain suka bergurau. Persembahan tarian ini adalah bersifat pementasan akrobatik.


ALAT MUZIK

i) Luo





Gong gangsa yang berbingkai nipis. Permukaannya rata dan leper dipukul dengan kayu pemukul. Alat ini digantung. Pemain akan meletakkan satu tangan di bahagian belakang untuk mengawal bunyi yang dihasilkan semasa alat ini dimainkan.

ii) Bo




Merupakan simbal yang diperbuat daripada gangsa. Alat ini dipegang dan dipukul bersama oleh pemain.

iii) Gu (Chebagu)



Gendang besar berbentuk tong. Mempunyai satu muka kulit. Pada bahagian atas yang dipakukan pada badan kayu dengan paku besi. Di dalam drum terdapat beberapa dawai memberikan warna ton yang berlainan.


MUZIK TARIAN SINGA

Muzik genderang bermeter duple dan tekstur polifoni. Corak gendang dihubingkait dengan gerakan singa. Lagu 'Gendang 7 Bintang" mengiringi tarian Chai Ching. Terdapat 5 bahagian mengikut gerakan singa:

a. Kemunculan Singa: Titiran
b. Singa Menyembah: Titiran
c. Singa Berjalan: Irama Bertitik
d. Singa menjumpai Makanan: Titiran
e. Ulang a & c

Petunjuk Skor:

Sumber: (Penghantar Muzik Malaysia1,Patricia Matusky dan Tan Sooi beng, 1998, m.s 36

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya buat rakan-rakan seperjuangan . Saya berdoa agar kalian dapat menjawab soalan peperiksaan akhir nanti dengan jayanya. Kenangan bersama kalian tidak akan saya lupakan.



Gambar: Kenangan bersama pensyarah dan pelajar SMP2252


Sekian, terima kasih.


Teruskan Membaca...

Tuesday, October 26, 2010

MINGGU 12 : JURNAL REFLEKSI


Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

Diam tak diam sudah masuk minggu ke-13 kuliah bagi kursus ini berlangsung. Minggu terakhir seperti sekarang sangat sibuk buat saya dan juga rakan-rakan yang lain. Setelah selesainya minggu konvokesyen, kami perlu siapkan diri untuk menjalani penilaian akhir untuk subjek-subjek muzik yang lain. Antaranya ialah mempersembahkan hasil ciptaan lagu kami bagi subjek Composition, penilaian Ensemble Instrumental III, membuat pembentangan bagi subjek Music & Society dan banyak lagi. Namun, biarpun sibuk dengan tugasan-tugasan tersebut saya masih tetap mahu menjalani tanggungjawab saya untuk subjek-subjek yang lain.

Berbalik kepada refleksi yang akan saya tulis pada minggu ini, ianya berkenaan dengan 'Gendang 24 Musim'. Tayangan video berkenaan dengan Gendang 24 musim tersebut telah ditayangkan di awal kuliah.

Gendang 24-musim





Video 1





Video 2





Video 3


Gendang 24 musim ini adalah diasaskan oleh seorang guru muzik Encik Chen Wei Chong pada Jun 1988. Peralatan yang digunakan ketika itu adalah diimport atau dibeli dari negara China dan persembahan ini adalah berasaskan satu musim pertanian di negara China. Hal ini boleh dilihat dengan penulisan nama musim tersebut pada gendang dengan kaligrafi Cina.


Setiap pemain gendang ini akan memakai kostum tradisional lelaki Cina dan menggunakan prop lain seperti topeng, bendera berwarna warni dan kain panjang berwarna. Alat yang digunakan dalam persembahan ini ialah 24 buah gendang Shigu yang juga digunakan sebagai dram tarian singa seperti yang selalu kita lihat terutamanya ketika perayaan Tahun Baru Cina. Namun begitu, ada juga yang menggunakan gendang Longgu. Kedua-dua gendang ini hampir sama dan merupakan gendang besar berbentuk tong. Permukaan gendang ini selalunya menggunakan kulit kerbau atau lembu yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi.


Gambar: Shigu



Gambar: Longgu


Dalam persembahan ini, terdapat konsep-konsep JIE QI yang tertentu. Di Malaysia, idea persembahan ini dicetuskan oleh En. Tan Chai Pan iaitu seorang penyajak dan budayawan Cina tempatan. Pada ketika itu, persembahan hanya melibatkan 9 biji gendang yang berasaskan konsep 24 JIE QI (musim) mengikut kalendar tani di negara China.

Persembahan ini mendapat respon dari En. Tan Hooi Soong. Beliau menggunakan pukulan gendang shigu dengan iringan koreografi badan yang canggih dan menakjubkan telah menghasilkan persembahan yang gagah dan gemuruh. Dari sinilah lahirnya persembahan seni baru ciptaan tulen orang Cina di Malaysia.

Diharapkan Gendang 4-musim ini mampu diketengahkan di peringkat sekolah lagi kerana ianya adalah sangat menarik. Selain itu, ianya juga salah satu daripada budaya atau permainan dalam kalangan kaum Cina di negara kita.

Sekian, terima kasih.
Teruskan Membaca...

Sunday, October 17, 2010

MINGGU 11 : JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum w.b.t & salam sejahtera...

Refleksi yang akan saya tulis pada kali ini adalah berkaitan dengan pembentangan yang telah diadakan pada minggu ini. Tajuk yang dibentangkan pada minggu ini adalah mengenai Wayang Kulit. Pada pendapat saya, pembentangan bagi kumpulan kali ini sedikit berbeza berbanding yang sebelumnya.

Sebelum memulakan sesi pembentangan, mereka telah menjemput satu kumpulan khas bagi membuat demo persembahan wayang kulit. Saya berasa sangat teruja kerana belum pernah menyaksikannya secara langsung. Walaupun persembahan tersebut bukanlah seperti wayang kulit yang dipersembahkan pada kebiasaannya iaitu pada waktu malam, tetapi ianya sudah membuat saya berasa teruja.

Hasil kerja lapangan kumpulan ini sangat membawa banyak faedah kepada kumpulan ini. Mereka berpeluang untuk bertemu sendiri dengan orang yang sangat berpengalaman dalam bidang wayang kulit ini. Selain itu, hasil kerja mereka itu juga dapat membawa input-input yang berguna.

Kumpulan ini telah menerangkan mengenai jenis-jenis wayang kulit yang ada iaitu Wayang kulit Jawa, Wayang kulit Melayu, Wayang kulit Kelantan dan beberapa jenis wayang kulit yang lain. Alat muzik yang digunakan juga adalah lebih kurang sama, tetapi untuk membezakannya hanya wayang kulit jawa yang ditambah alat muziknya iaitu gamelan.

Selain itu, mereka juga menunjukkan jenis-jenis patung wayang kulit yang digunakan untuk membuat persembahan. Saya dapat melihat sendiri patung-patung tersebut yang diperbuat daripada kulit lembu.

Saya berharap agar akan wujud pelapis-pelapis muda untuk mempelopori bidang wayang kulit ini. Seperti yang kita ketahui, wayang kulit ini hanya terkenal di sesetengah tempat sahaja dan kurang mendapat perhatian daripada golongan muda kini. Jadi, sesuatu perkara harus dilakukan bagi menaikkan semula seni wayang kulit ini.

Sekian, terima kasih.
Teruskan Membaca...

Saturday, October 2, 2010

MINGGU 10 : JURNAL REFLEKSI


Assalammualaikum & salam sejahtera...

Alhamdulillah, pada minggu ini kumpulan saya dan 1 lagi kumpulan telah berjaya melaksanakan pembentangan dengan jayanya. Tajuk yang dibentangkan pada minggu ini ialah Nobat & Orkestra China Moden (OCM).

Nobat merupakan muzik diraja. Ianya sangat berbeza berbanding muzik-muzik yang lain. Saya begitu teruja untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Nobat ini. Nobat hanya terdapat di negeri Kedah, Terengganu, Perak, Selangor dan Melaka. Nobat hanya dipersembahkan apabila mendapat titah daripada sultan. Ianya tidak boleh dimainkan sesuka hati kerana muzik ini mempunyai pantang larangnya yang tersendiri.

Selain itu, muzik ini hanya boleh dimainkan oleh orang yang berketurunan kalur atau pewaris lelaki bagi keturunan ini. Muzik ini hanya melibatkan kaum lelaki sahaja dan perempuan sama sekali tidak boleh memainkan alat muzik ini. Alat muzik ini juga hanya boleh dipegang oleh orang-orang tertentu sahaja. Golongan biasa adalah dilarang sama sekali.

Antara alat muzik nobat ialah nafiri, serunai, gendang, nahara & gong. Nafiri hanya dimainkan dalam muzik nobat.

Gambar: Alat muzik nobat

Gambar: Pemain-pemain nobat



Orkestra China Moden (OCM) merupakan salah satu orkestra yang popular di Singapura. Ianya merupakan permainan orang berbangsa Cina. Namun di Malaysia, ianya kurang meluas disebabkan oleh beberapa perkara. Namun, ia masih wujud & terdapat badan-badan tertentu yang masih berusaha untuk mengembangkan lagi OCM ini.

Antara alat muzik yang terdapat dalam OCM ini ialah sheng, pipa, muyu, bangzi, dizi, suona, yunluo, paigu, banhu, dan banyak lagi. Kesemua alat muzik ini adalah pecahan alat muzik dari kategori bowed strings, plucked strings, woodwinds dan juga percussion. dalam OCM, hanya 4 kategori alat muzik ini sahaja yang dimainkan.



Kesimpulannya, kedua-dua tajuk yang dibentangkan pada minggu ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Saya amat seronok kerana dapat mengetahui kedua-dua tajuk yang telah dibentangkan pada minggu ini.

Sekian, terima kasih.
Teruskan Membaca...

Saturday, September 25, 2010

MINGGU 9 : JURNAL REFLEKSI

MINGGU 9 : JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum dan salam Aidilfitri diucapkan...

Masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat hari raya kepada semua. Sedar atau tidak, kita telahpun masuk ke minggu yang ke sembilan. Banyak perkara yang kita telah pelajari berkaitan dengan muzik tradisional di Malaysia. Pada minggu ini, pembentangan adalah berkaitan dengan Mak yong.

Kumpulan ini telah melakukan tugasan mereka dengan baik sekali. Syabas dan tahniah diucapkan. Walaupun tajuk ini telahpun dipelajari pada minggu-minggu yang sebelumnya, namun ada sedikit penambahan maklumat serta info yang dapat dijadikan panduan kita bersama. Hasil kajian yang telah mereka jalankan itu sedikit sebanyak membantu dalam proses mendapatkan maklumat tersebut.

Perkara yang dibentangkan adalah berkaitan dengan sejarah serta asal usul Mak yong selain beberapa aspek lain yang berkaitan dengannya. Mak yong disampaikan berdasarkan cerita-cerita daripada Menora. Selain untuk tujuan hiburan, Mak yong juga dipersembahkan untuk tujuan perubatan.

Lagu mengadap rebab dimainkan apabila persembahan dimulakan diikuti dengan tarian, lakonan dan juga muzik. Persembahan Mak yong menggunakan sistem gongan. Selain itu, irama yang dimainkan juga mempunya 4 timbre iaitu PAK, DUH, CAK & TING. Ianya dipersembahkan dengan cara meningkah.






Sekian, terima kasih.
Teruskan Membaca...

Thursday, September 2, 2010

MINGGU 8 : JURNAL REFLEKSI

MINGGU 8 : JURNAL REFLEKSI

Salam Kemerdekaan semuanya...

Alhamdulillah, bersempena hari kemerdekaan yang telah kita sambut semalam, kita masih lagi dapat hidup dalam keadaan yang aman & damai serta diberi kesempatan juga untuk menghadiri kelas SMP2252 pada hari ini. Kelas ini sentiasa saya nantikan pada setiap minggu kerana banyak perkara baru yang akan saya pelajari.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada ahli kumpulan yang telah membuat pembentangan pada minggu ini yang telah menggelarkan diri mereka sebagai M.I.N.D.A. Tajuk yang mereka bentangkan ialah MENORA. Pembentangan yang telah mereka laksanakan adalah sangat baik dan saya dapat memahaminya. Saya merasakan kerja lapangan kumpulan ini sangat berguna kerana banyak bahan yang diperoleh antaranya artikel yang berkaitan dengan Menora.




Menora sangat popular di negeri kelantan dan juga di Thailand.







Terdapat juga fakta yang mengatakan bahawa Menora ini bermula di negeri Kelantan dan kemudian ditiru oleh Thailand. Melalui sejarah tentang terciptanya Menora ini juga mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Dari aspek alat muzik yang digunakan adalah sama seperti dahulu tetapi mempunyai penambahan beberapa alat yang moden kini. Kostum juga semakin berubah mengikut peredaran masa.

Apa yang membuatkan saya tertarik dengan pembentangan kumpulan ini adalah mereka telah merumuskan jalan cerita tentang Menora ini melalui bentuk lakonan. Lebih mudah untuk pelajar fahami apabila tontonan video seperti lakonan ini ditayangkan. Ianya satu kelainan dan juga satu daya kreativiti yang saya rasakan patut dipuji.


Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada kumpulan M.I.N.D.A kerana dapat memberikan satu pembentangan yang baik. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Sekian, terima kasih.
Teruskan Membaca...

Saturday, August 28, 2010

MINGGU 7 : JURNAL REFLEKSI

MINGGU 7 : JURNAL REFLEKSI

Salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada semua...

Minggu ini, aktiviti pembentangan kumpulan telah pun bermula. Pembentangan tersebut melibatkan sebanyak 2 kumpulan. Tajuk yang telah dibentangkan ialah Keroncong dan juga Kuda Kepang. Semua pembentang bagi tajuk ini kelihatan sudah bersedia. Pada minggu ini entri yang akan saya tulis adalah mengenai kedua-dua tajuk tersebut serta beberapa pandangan peribadi saya terhadap pembentangan oleh kedua-dua buah kumpulan.

KERONCONG

Di awal pembentangan, saudari Syafiqa telah menerangkan beberapa istilah yang berkaitan dengan keroncong. Antaranya ialah:
  • Gelang Keroncong
  • Nasi Keroncong
  • Alat Muzik Keroncong
  • Muzik Keroncong
  • Keroncong Asli
  • Teh Keroncong
i-Sejarah Keroncong
  • Ada pendapat-muzik keroncong dibawa oleh orang Portugis.
  • Pendapat lain- alat-alat muzik yang berasal dari Barat digunakan dalam muzik keroncong seperti gitar, ukulele, biola, dll.
  • Ada sejenis alat muzik yang masih dimainkan di Portugal & Sepanyol dimainkan iaitu 'charanga' (bentuk seakan-akan ukulele)
Gambar 1: charanga

Gambar 2: ukulele
  • Kemasukan seni barat pada mulanya tidak diterima. Tetapi lama-kelamaan turut terpengaruh.
  • Pengaruh permainan tersebut dapat dimanfaatkan oleh pemuzik-pemuzik dengan membuat penyesuaian permainan alat-alat muzik barat ke dalam permainan gamelan mereka.
  • Alat muzik barat yang mempunyai fungsi sama dengan gamelan digunakan untuk memainkan lagu-lagu gamelan.
  • Akhirnya, kacukan antara alat muzik barat dengan gamelan ini melahirkan sejenis muzik yang dinamakan 'KERONCONG'.
  • Gamelan yang terkenal di sunda / Jawa Barat- Gamelan Degung.
Gambar 3: Gamelan Degung

  • Alat-alat gamelan degung:
  • - suling
  • - peking (saron)
  • - bonang
  • - Jengglong (kenong)
  • - Gong
  • - Kendang (gendang)
  • - Cempres ( penerus)
  • - Kecapi ( alat tambahan)
  • - Rebab-(alat tambahan)
  • - Gambang-(alat tambahan)
Gambar 4: Suling

Gambar 5: Kecapi

  • Dari segi permainan, muzik gamelan degung mempunyai cara yang teratus dan jarang-jarang diubah. Muzik keroncong pula memberi kebebasan kepada pemain-pemain mengubahnya mengikut selera dan kehendak zaman.
  • Masing-masing menggunakan counter melody dan improvisasi dalam permainan.
Jadual 1: Perbezaan antara Gamelan & Keroncong

ii- Sejarah Keroncong di Malaysia
  • Mula masuk ke Malaysia pada sekitar tahun 1940-an.
  • Dibawa masuk oleh masyarakat jawa yang merantau untuk berdagang atau mencari kerja.
  • Selain mencari nafkah, mereka juga membawa kesenian mereka.
  • Pada mulanya lagu-lagu yang dinyanyikan adalah lagu-lagu dari Indonesia, tetapi lama-kelamaan setelah perang dunia kedua, ada pencipta tempatan yang mencipta lagu keroncong seperti P.Ramlee, Zubir Said, Johan Bahar & ramai lagi.
iii- Alat muzik Keroncong
  • Biola
  • Flute
  • Gitar
  • Cuk
  • Cak
  • Cello
  • Double Bass
Gambar 6: Biola

Gambar 7: Flute

Gambar 8: Gitar

Gambar 9: Cuk & Cak

Gambar 9: Cello

Gambar 10: Double Bass

iv- Rentak



KUDA KEPANG


i- Sejarah
  • Tarian pahlawan berkuda yang berasal daripada Jawa.
  • Nama lain- jaran kepang, kuda lumping Jathilan & ebeg.
  • 'jaran'=kuda, 'kepang'=anyaman.
  • Dibuat daripada buluh/pandan yang dianyam.
  • Papan lapis/kulit lembu.
  • Baldu-persembahan peringkat tinggi
ii- Sejarah Perkembangan
  • Soedarsono (1983)-sebelum berlakunya perkembangan Islam.
  • Dimainkan dalam upacara pemujaan.
  • Membersihkan desa daripada gangguan roh-roh jahat, penyakit dan malapetaka.
iii- Alat-alat Muzik
  • Gendang Jawa
  • Gong
  • Jidur
  • Kenong Kuda Kepang
  • Saron Pekin
  • Angklung
  • Bonang
Gambar 11: Gendang Jawa

Gambar 12: Gong

Gambar 13: Jidur

Gambar 14: Saron Pekin

Gambar 14: Angklung

iv- Kostum
  • Pakaian tradisi Jawa Kuno
  • Seluar dijahit dengan batik
  • Ketopang atau Tengkolok
Gambar 15: Kostum penari kuda kepang

v- Cara, Fungsi & Bilangan Penari
  • Cara= dipersembahkan di tempat terbuka, di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, tok bomoh akan membakar kemenyan & membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda.
  • Menggunakan telur mentah, bunga, rumput, & air untuk persembahan.
  • Apabila muzik bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan & agak membosankan.
  • Setiap penari akan menunggang & memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak & irama lagu itu.
  • Ketika muzik semakin pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya.
  • Penari melakukan pergerakan aneh & luar biasa.
  • Penari menari selama 2 jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan mereka.
  • Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar-benar sambil menari-nari dengan iringan muzik.
  • Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu & dipanggil 'naik syeh'.
  • Bilangan Pemain=memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang.
  • 9=penari, 5=pemain muzik, 2=bomoh pemulih, 9-15=penjaga kawasan.
  • Seorang daripada penari bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil 'dayang'.
  • Bilangan kuda kepang yang digunakan ialah sekurang-kurangnya 9.
  • Fungsi=Mulanya biasa seperti 'sepak raga'.
  • Sambutan penduduk membuatkan ia berkembang.
  • tarian ini dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian ketika menyambut orang kenamaan, perkahwinan & hari perayaan.
vi- Pantang larang
  • Memberi pengeras kepada tok Bomoh persembahan.
  • Tidak boleh melihat kain berwarna merah.
  • Tidak dibenarkan terlihat mahupun melihat kaca/serpihan kaca.
  • Tidak boleh diacah semasa dalam tarian.


Pada pendapat saya, kedua-dua kumpulan telah menunjukkan hasil pembentangan yang baik & mudah untuk difahami. Selain itu, bahan-bahan yang telah mereka peroleh itu dapat menambahkan pengalaman serta ilmu berkaitan dengan tajuk berkenaan. Saya ingin mengucapkan syabas & tahniah di atas pembentangan yang cukup baik dari kedua-dua buah kumpulan.

Sekian, terima kasih.







Teruskan Membaca...
 

Blog Pelajar Kumpulan A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    5 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
    5 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada minggu k...
    5 years ago
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    5 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    5 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    5 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    5 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    6 years ago
  • BIODATA - NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI NO.MATRIK : D20072031485 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
    6 years ago
  • BIODATA - NAMA : ZAHARAH BINTI MUSA NO.MATRIK : D20072031542 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252 - MUZIK TRA...
    6 years ago

Blog Pelajar Kumpulan B

  • JURNAL MINGGU KE-14 - Tarian singa, pada minggu ke 14 vkita telah diajar mengenai tarian singa dalam budaya masyarakat cina, dalam masyarakat cina tarian cina selalunya dimainka...
    5 years ago
  • refleksi jurnal : minggu ke 14 - Salam Lembaran minggu ke 14 Di kuliah ini kami ditunjuk dan dipersembahkan berkaitan suatu kesenian yang berkisarkan tentang tarian singa.Tarian ini adalah...
    5 years ago
  • MINGGU 14: REFLEKSI KESELURUHAN - Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pensyarah En Amran dan rakan-rakan sekalian. Sedar tidak sedar kita sudah sampai ke akhir kuliah Mu...
    5 years ago
  • Minggu 13 : Jurnal Refleksi - Salam Sejahtera kepada semua warga SMP 2252. Jurnal refleksi ini merupakan jurnal yang terakhir untuk kursus ini. Dalam minggu yang terakhir ini, tajuk yan...
    5 years ago
  • MINGGU 14 REFLEKSI JURNAL - Assalamualaikum w.t.b… Sampai sudah kita di penghujung kuliah. Walaupun terpancar rasa gembira pada wajah pelajar SMP2252 tetapi perasaan sedih tidak dapa...
    5 years ago
  • MINGGU 14 : JURNAL REFLEKSI - Sedar atau tidak kita sudah sampai ke minggu ke 14, ini bermakna ini adalah minggu terakhir dan selepas ini, kami semua akan menduduki perperiksaan akhir. ...
    5 years ago
  • JURNAL REFLEKSI: MINGGU KE TIGA BELAS - Salam Sejahtera.. Subjek muzik tradisional Malaysia merupakan satu subjek yang memberikan banyak pengetahuan tentang bidang muzik tradisional. Disamping pe...
    5 years ago
  • MINGGU 13 ;JURNAL REFLEKSI - Assalammualaikum dan salam perpisahan buat rakan-rakan blog... Bertemu kembali kita di dalam refleksi jurnal minggu ketiga belas dan ternyata minggu ini m...
    5 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KE-14 - Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Sedar atau tidak kita telah sampai ke penghujung minggu iaitu minggu ke-14 di semester ini. Pada minggu ke-14, kulia...
    5 years ago
  • Minggu 14: Jurnal Refleksi - Asalamualaikum w.b.t, salam 1 Malaysia dan Salam Perpisahan buat rakan-rakan SMP2252 (Muzik Tradisional Malaysia)serta pensyarah En Amran Aris Pertamanya ...
    5 years ago
  • Minggu 6: Jurnal Refleksi - Salam Warisan & Salam 1 Malaysia... (^_^) Di Ruangan Ini Bertemu Lagi, Untuk Melengkapkan Jurnal Refleksi, Makyung & Kompang Kuliah Kali Ini, Persembaha...
    6 years ago
  • BIODATA - NAMA : ZAHARAH BINTI MUSA NO.MATRIK : D20072031542 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252 - MUZIK TRA...
    6 years ago

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 SHUEZAKARIA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template