Sunday, October 17, 2010

MINGGU 11 : JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum w.b.t & salam sejahtera...

Refleksi yang akan saya tulis pada kali ini adalah berkaitan dengan pembentangan yang telah diadakan pada minggu ini. Tajuk yang dibentangkan pada minggu ini adalah mengenai Wayang Kulit. Pada pendapat saya, pembentangan bagi kumpulan kali ini sedikit berbeza berbanding yang sebelumnya.

Sebelum memulakan sesi pembentangan, mereka telah menjemput satu kumpulan khas bagi membuat demo persembahan wayang kulit. Saya berasa sangat teruja kerana belum pernah menyaksikannya secara langsung. Walaupun persembahan tersebut bukanlah seperti wayang kulit yang dipersembahkan pada kebiasaannya iaitu pada waktu malam, tetapi ianya sudah membuat saya berasa teruja.

Hasil kerja lapangan kumpulan ini sangat membawa banyak faedah kepada kumpulan ini. Mereka berpeluang untuk bertemu sendiri dengan orang yang sangat berpengalaman dalam bidang wayang kulit ini. Selain itu, hasil kerja mereka itu juga dapat membawa input-input yang berguna.

Kumpulan ini telah menerangkan mengenai jenis-jenis wayang kulit yang ada iaitu Wayang kulit Jawa, Wayang kulit Melayu, Wayang kulit Kelantan dan beberapa jenis wayang kulit yang lain. Alat muzik yang digunakan juga adalah lebih kurang sama, tetapi untuk membezakannya hanya wayang kulit jawa yang ditambah alat muziknya iaitu gamelan.

Selain itu, mereka juga menunjukkan jenis-jenis patung wayang kulit yang digunakan untuk membuat persembahan. Saya dapat melihat sendiri patung-patung tersebut yang diperbuat daripada kulit lembu.

Saya berharap agar akan wujud pelapis-pelapis muda untuk mempelopori bidang wayang kulit ini. Seperti yang kita ketahui, wayang kulit ini hanya terkenal di sesetengah tempat sahaja dan kurang mendapat perhatian daripada golongan muda kini. Jadi, sesuatu perkara harus dilakukan bagi menaikkan semula seni wayang kulit ini.

Sekian, terima kasih.
Teruskan Membaca...
 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 SHUEZAKARIA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template