Tuesday, October 26, 2010

MINGGU 12 : JURNAL REFLEKSI


Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

Diam tak diam sudah masuk minggu ke-13 kuliah bagi kursus ini berlangsung. Minggu terakhir seperti sekarang sangat sibuk buat saya dan juga rakan-rakan yang lain. Setelah selesainya minggu konvokesyen, kami perlu siapkan diri untuk menjalani penilaian akhir untuk subjek-subjek muzik yang lain. Antaranya ialah mempersembahkan hasil ciptaan lagu kami bagi subjek Composition, penilaian Ensemble Instrumental III, membuat pembentangan bagi subjek Music & Society dan banyak lagi. Namun, biarpun sibuk dengan tugasan-tugasan tersebut saya masih tetap mahu menjalani tanggungjawab saya untuk subjek-subjek yang lain.

Berbalik kepada refleksi yang akan saya tulis pada minggu ini, ianya berkenaan dengan 'Gendang 24 Musim'. Tayangan video berkenaan dengan Gendang 24 musim tersebut telah ditayangkan di awal kuliah.

Gendang 24-musim





Video 1





Video 2





Video 3


Gendang 24 musim ini adalah diasaskan oleh seorang guru muzik Encik Chen Wei Chong pada Jun 1988. Peralatan yang digunakan ketika itu adalah diimport atau dibeli dari negara China dan persembahan ini adalah berasaskan satu musim pertanian di negara China. Hal ini boleh dilihat dengan penulisan nama musim tersebut pada gendang dengan kaligrafi Cina.


Setiap pemain gendang ini akan memakai kostum tradisional lelaki Cina dan menggunakan prop lain seperti topeng, bendera berwarna warni dan kain panjang berwarna. Alat yang digunakan dalam persembahan ini ialah 24 buah gendang Shigu yang juga digunakan sebagai dram tarian singa seperti yang selalu kita lihat terutamanya ketika perayaan Tahun Baru Cina. Namun begitu, ada juga yang menggunakan gendang Longgu. Kedua-dua gendang ini hampir sama dan merupakan gendang besar berbentuk tong. Permukaan gendang ini selalunya menggunakan kulit kerbau atau lembu yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi.


Gambar: Shigu



Gambar: Longgu


Dalam persembahan ini, terdapat konsep-konsep JIE QI yang tertentu. Di Malaysia, idea persembahan ini dicetuskan oleh En. Tan Chai Pan iaitu seorang penyajak dan budayawan Cina tempatan. Pada ketika itu, persembahan hanya melibatkan 9 biji gendang yang berasaskan konsep 24 JIE QI (musim) mengikut kalendar tani di negara China.

Persembahan ini mendapat respon dari En. Tan Hooi Soong. Beliau menggunakan pukulan gendang shigu dengan iringan koreografi badan yang canggih dan menakjubkan telah menghasilkan persembahan yang gagah dan gemuruh. Dari sinilah lahirnya persembahan seni baru ciptaan tulen orang Cina di Malaysia.

Diharapkan Gendang 4-musim ini mampu diketengahkan di peringkat sekolah lagi kerana ianya adalah sangat menarik. Selain itu, ianya juga salah satu daripada budaya atau permainan dalam kalangan kaum Cina di negara kita.

Sekian, terima kasih.
Teruskan Membaca...
 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 SHUEZAKARIA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template