Saturday, October 2, 2010

MINGGU 10 : JURNAL REFLEKSI


Assalammualaikum & salam sejahtera...

Alhamdulillah, pada minggu ini kumpulan saya dan 1 lagi kumpulan telah berjaya melaksanakan pembentangan dengan jayanya. Tajuk yang dibentangkan pada minggu ini ialah Nobat & Orkestra China Moden (OCM).

Nobat merupakan muzik diraja. Ianya sangat berbeza berbanding muzik-muzik yang lain. Saya begitu teruja untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Nobat ini. Nobat hanya terdapat di negeri Kedah, Terengganu, Perak, Selangor dan Melaka. Nobat hanya dipersembahkan apabila mendapat titah daripada sultan. Ianya tidak boleh dimainkan sesuka hati kerana muzik ini mempunyai pantang larangnya yang tersendiri.

Selain itu, muzik ini hanya boleh dimainkan oleh orang yang berketurunan kalur atau pewaris lelaki bagi keturunan ini. Muzik ini hanya melibatkan kaum lelaki sahaja dan perempuan sama sekali tidak boleh memainkan alat muzik ini. Alat muzik ini juga hanya boleh dipegang oleh orang-orang tertentu sahaja. Golongan biasa adalah dilarang sama sekali.

Antara alat muzik nobat ialah nafiri, serunai, gendang, nahara & gong. Nafiri hanya dimainkan dalam muzik nobat.

Gambar: Alat muzik nobat

Gambar: Pemain-pemain nobat



Orkestra China Moden (OCM) merupakan salah satu orkestra yang popular di Singapura. Ianya merupakan permainan orang berbangsa Cina. Namun di Malaysia, ianya kurang meluas disebabkan oleh beberapa perkara. Namun, ia masih wujud & terdapat badan-badan tertentu yang masih berusaha untuk mengembangkan lagi OCM ini.

Antara alat muzik yang terdapat dalam OCM ini ialah sheng, pipa, muyu, bangzi, dizi, suona, yunluo, paigu, banhu, dan banyak lagi. Kesemua alat muzik ini adalah pecahan alat muzik dari kategori bowed strings, plucked strings, woodwinds dan juga percussion. dalam OCM, hanya 4 kategori alat muzik ini sahaja yang dimainkan.



Kesimpulannya, kedua-dua tajuk yang dibentangkan pada minggu ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Saya amat seronok kerana dapat mengetahui kedua-dua tajuk yang telah dibentangkan pada minggu ini.

Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 SHUEZAKARIA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template