Saturday, September 25, 2010

MINGGU 9 : JURNAL REFLEKSI

MINGGU 9 : JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum dan salam Aidilfitri diucapkan...

Masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat hari raya kepada semua. Sedar atau tidak, kita telahpun masuk ke minggu yang ke sembilan. Banyak perkara yang kita telah pelajari berkaitan dengan muzik tradisional di Malaysia. Pada minggu ini, pembentangan adalah berkaitan dengan Mak yong.

Kumpulan ini telah melakukan tugasan mereka dengan baik sekali. Syabas dan tahniah diucapkan. Walaupun tajuk ini telahpun dipelajari pada minggu-minggu yang sebelumnya, namun ada sedikit penambahan maklumat serta info yang dapat dijadikan panduan kita bersama. Hasil kajian yang telah mereka jalankan itu sedikit sebanyak membantu dalam proses mendapatkan maklumat tersebut.

Perkara yang dibentangkan adalah berkaitan dengan sejarah serta asal usul Mak yong selain beberapa aspek lain yang berkaitan dengannya. Mak yong disampaikan berdasarkan cerita-cerita daripada Menora. Selain untuk tujuan hiburan, Mak yong juga dipersembahkan untuk tujuan perubatan.

Lagu mengadap rebab dimainkan apabila persembahan dimulakan diikuti dengan tarian, lakonan dan juga muzik. Persembahan Mak yong menggunakan sistem gongan. Selain itu, irama yang dimainkan juga mempunya 4 timbre iaitu PAK, DUH, CAK & TING. Ianya dipersembahkan dengan cara meningkah.






Sekian, terima kasih.

2 comments:

bancha on October 30, 2010 at 10:17 PM said...

Alangkah bagusnya kalau ulasan ni menyentuh isu mengenai masalah mak yong dalam era permodenan ini.

~cikshue~ on October 31, 2010 at 5:12 AM said...

saya kesuntukan masa ketika ini dan jika diizinkan, saya akan cuba untuk menambahkan isi seperti yang dikemukakan oleh saudara bancha..terima kasih..

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 SHUEZAKARIA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template