Tuesday, August 3, 2010

MINGGU 3 : JURNAL REFLEKSI

MINGGU 3 : JURNAL REFLEKSI

Assalammualaikum pembuka bicara serta salam sejahtera pelengkap kata..

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat
saya mengikuti lagi kelas SMP 2252 ini. Samada sedar atau tidak,
kita telah pun masuk ke minggu yang ketiga. Dan banyak juga
pengetahuan baru yang telah ditimba
semenjak saya mengikuti kelas ini.

Kuliah pada minggu ini adalah berkisar tentang
kaedah klasifikasi muzik tradisional, kategori muzik tradisional, dan ciri-ciri muzik tradisional.

Pada kuliah kali ini, Encik Amran ada menyebut tentang perspektif
Adaptasi dan juga Idiosinkretik.
Namun, adakah semua pelajar tahu apakah yang dimaksudkan dengan kedua-dua
istilah yang saya sebutkan sebentar tadi?
Saya yakin dan percaya bahawa hampir 90% pelajar
yang berada di dalam kelas semasa pembelajaran itu berlaku tidak tahu
apakah maksudnya.

Adaptational juga difahami sebagai penyesuaian bermaksud berorganik.
Berorganik di sini bermaksud sesuatu benda yang hidup atau mempunyai tindak balas
mengikut keadaan ekologi sesuatu benda.
sebagai contoh, violin akan menghasilkan tindak balas iaitu berbunyi
apabila digesekkan dengan menggunakan 'bow'. Adaptational juga
dipengaruhi oleh budaya setempat. Sebagai contoh, penyesuaian
muzik yang terdapat di Malaysia ialah seperti Ghazal.
Manakala di Arab pula ialah Ya Zuhur.





Perkataan Idiosyncratic pula bermaksud cara atau gaya
yang tersendiri dan sulit.
Ianya bermaksud sesuatu gaya atau perlakuan itu dilakukan tanpa
wujud apa-apa perubahan terhadap gaya tersebut. Contohnya
alat muzik seperti Gambus.

-gambus-

Pada kuliah kali ini juga, Encik Amran ada mengenengahkan
beberapa jenis muzik mengikut perspektif tertentu.
Antaranya ialah Muzik ghazal. Muzik ini sangat popular
di kalangan penduduk negeri Johor.
Banyak keunikan-keunikan yang kita dapat dengar melalui
alunan muzik ghazal ini. Antaranya ialah, muzik ghazal ini delalunya dipersembahkan
jika terdapat keraian dalam sesuatu majlis seperti majlis perkahwinan dan sebagainya.
Selain itu, bahasa Arab akan digunakan apabila menyanyikan lagu ketika
mendendangkan muzik ghazal.

Untuk pengetahuan semua, ciri-ciri utama dalam
muzik tradisional Malaysia terbahagi kepada dua iaitu
Tradisi Besar dan Tradisi Kecil.
Tradisi besar adalah budaya klasik atau istana, manakala
Tradisi kecil pula ilah budaya rakyat.
Antara ciri-ciri tersebut ialah bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama,
ensemble genderang, vokal dan instrumental solo,
ensemble sosial popular, dan ensemble lain.
Muzik juga mempunyai kategori utama iaitu
Muzik rakyat, Muzik Klasik, Muzik Sinkretik, dan Muzik Kontemporari.

Banyak maklumat baru yang saya peroleh terutamanya mengenai
muzik yang terdapat di Malaysia.
Seperti yang kita sedia maklum, anak muda kini kurang meminati
muzik-muzik klasik atau tradisional seperti Muzik Ghazal.
Saya berpendapat bahawa pihak berkenaan haruslah memikirkan jalan
supaya anak muda kini tertarik untuk mempelajari muzik-muzik tradisional
seumpama itu.
Diharapkan agar akan wujud generasi palapis baru
dalam bidang muzik tradisional supaya
tidak hilang ditelan dek zaman.

Sekian, terima kasih.








0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 SHUEZAKARIA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template