Thursday, September 2, 2010

MINGGU 8 : JURNAL REFLEKSI

MINGGU 8 : JURNAL REFLEKSI

Salam Kemerdekaan semuanya...

Alhamdulillah, bersempena hari kemerdekaan yang telah kita sambut semalam, kita masih lagi dapat hidup dalam keadaan yang aman & damai serta diberi kesempatan juga untuk menghadiri kelas SMP2252 pada hari ini. Kelas ini sentiasa saya nantikan pada setiap minggu kerana banyak perkara baru yang akan saya pelajari.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada ahli kumpulan yang telah membuat pembentangan pada minggu ini yang telah menggelarkan diri mereka sebagai M.I.N.D.A. Tajuk yang mereka bentangkan ialah MENORA. Pembentangan yang telah mereka laksanakan adalah sangat baik dan saya dapat memahaminya. Saya merasakan kerja lapangan kumpulan ini sangat berguna kerana banyak bahan yang diperoleh antaranya artikel yang berkaitan dengan Menora.




Menora sangat popular di negeri kelantan dan juga di Thailand.







Terdapat juga fakta yang mengatakan bahawa Menora ini bermula di negeri Kelantan dan kemudian ditiru oleh Thailand. Melalui sejarah tentang terciptanya Menora ini juga mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Dari aspek alat muzik yang digunakan adalah sama seperti dahulu tetapi mempunyai penambahan beberapa alat yang moden kini. Kostum juga semakin berubah mengikut peredaran masa.

Apa yang membuatkan saya tertarik dengan pembentangan kumpulan ini adalah mereka telah merumuskan jalan cerita tentang Menora ini melalui bentuk lakonan. Lebih mudah untuk pelajar fahami apabila tontonan video seperti lakonan ini ditayangkan. Ianya satu kelainan dan juga satu daya kreativiti yang saya rasakan patut dipuji.


Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada kumpulan M.I.N.D.A kerana dapat memberikan satu pembentangan yang baik. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 SHUEZAKARIA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template